



Yang amat ketara dalam majlis korban tersebut adalah dari segi pengurusannya yang pada pendapat saya amat efisyen dan membanggakan. Tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa masjid yang telah bertungkus-lumus dalam persedian mereka untuk mengadakan majlis yang sebegitu meriah dan juga kepada semua yang telah hadir dalam memberikan kerjasama yang amat baik sekali.
Bagi saya, natijah sebenar sambutan Hariraya Korban adalah dari sikap kita kepada Allah dan agama islam. Sebagai seorang muslim, kita mesti menanamkan cita-cita untuk menjadi seorang yang muhsin yang senantiasa mancari keridaan Allah. Pengorbanan kita dari sudut kewangan sahaja memang tidak mencukupi untuk kita menjadi manusia muhsinin. Hariraya korban adalah salah satu dari peluang yang telah diberikan oleh Allah kepada kita untuk membuktikan tahap keimanan kita kepadanya dan melibatkan diri dalam majlis-maljis sedemikian yang mana kita bukan sahaja berkorban dari segi wang ringgit tetapi juga dari segi masa dan tenaga, adalah memang dituntut. Semuga Allah menerima segala pengorbanan yang telah kita usahakan selama ini dan diharap Allah masih memberikan kita kekuatan dan rezeki untuk terus berbakti kepada Islam.
No comments:
Post a Comment