Monday, January 1, 2007

Hariraya Korban di Masjid Bukit Jelutong

Seperti di tahun-tahun yang lepas, Masjid Bukit Jelutong sekali lagi menganjurkan acara korban dan aqiqah sempena sambutan Hariraya IdilAdha Tahun 2006 bersamaan 10 Zulhijjah 1427. Pada tahun ini pihak jawatankuasa masjid telah memperuntukkan sebanyak 13 ekor lembu untuk disembelih di perkarangan masjid dan selebihnya lagi sebanyak 5 ekor telah diberikan terus kepada masjid-masjid disekitar lembah Kelang. Sambutan yang telah diberikan oleh para qariah Bukit Jelutong amat menggalakkan sekali dimana saya anggarkan lebih dari seratus jemaah telah terlibat dalam sessi melapah dan membahagi-bahagikan daging kepada para peserta korban dan juga sukarelawan. Walaupun ini baru kali kedua saya terlibat secara langsung dalam acara korban di masjid ini, saya dapat merasakan yang para jemaah Bukit Jelutong amat perihatin dalam hal-hal keagamaan dan amat ikhlas dalam menjayakan majlis tersebut. Suasana meriah dan penuh mesra dapat dirasakan dimana kebanyakan yang hadir turut membawa ahli keluarga masing-masing.





Yang amat ketara dalam majlis korban tersebut adalah dari segi pengurusannya yang pada pendapat saya amat efisyen dan membanggakan. Tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa masjid yang telah bertungkus-lumus dalam persedian mereka untuk mengadakan majlis yang sebegitu meriah dan juga kepada semua yang telah hadir dalam memberikan kerjasama yang amat baik sekali.

Bagi saya, natijah sebenar sambutan Hariraya Korban adalah dari sikap kita kepada Allah dan agama islam. Sebagai seorang muslim, kita mesti menanamkan cita-cita untuk menjadi seorang yang muhsin yang senantiasa mancari keridaan Allah. Pengorbanan kita dari sudut kewangan sahaja memang tidak mencukupi untuk kita menjadi manusia muhsinin. Hariraya korban adalah salah satu dari peluang yang telah diberikan oleh Allah kepada kita untuk membuktikan tahap keimanan kita kepadanya dan melibatkan diri dalam majlis-maljis sedemikian yang mana kita bukan sahaja berkorban dari segi wang ringgit tetapi juga dari segi masa dan tenaga, adalah memang dituntut. Semuga Allah menerima segala pengorbanan yang telah kita usahakan selama ini dan diharap Allah masih memberikan kita kekuatan dan rezeki untuk terus berbakti kepada Islam.

No comments:

Post a Comment